Usaha kami!

Pada 3 Mac 2009 bersamaan hari Selasa, Penyeleras Pusat Sumber Sekolah, Puan Faridah Binti Abd. Ghani telah menyampaikan ucapan semasa Perhimpunan Harian berlangsung. Dalam teks ucapannya, beliau menegaskan para pelajar SMKDARY khususnya pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima membawa buku NILAM setiap hari Isnin mulai minggu depan. Berikutan teks ucapannya, beliau mahu para pelajar SMKDARY mencatat Sinopsis hasil pembentangan Guru Bertugas dalam Perhimpunan Rasmi dalam "Lima Minit Bersama Buku". Hal ini demikian bertujuan meningkatkan jumlah NILAM para pelajar yang kini tahap NILAMnya semakin menurun. Ini adalah satu usaha yang dijalankan AJK PSS untuk memantapkan lagi tahap NILAM para pelajar dan ingin menaikkan kembali kegemilangan NILAM yang telah pun kami pegang beberapa tahun lalu.

Selain itu, Puan Faridah menegaskan para pelajar yang tidak mebawa buku NILAM semasa Perhimpunan Rasmi akan dikenakan denda berjumlah RM1.00 seorang. Hal ini demikian menunjukkan bahawa Puan Faridah mahukan projek ini berjaya lalu menaikkan semula nama sekolah dalam NILAM.

Tambahan lagi, Puan Faridah telah memperkenalkan satu lagi usaha untuk mempertingkatkan tahap NILAM pelajar iaitu " Lima Minit Senyap". Mungkin ini suatu yang janggal pada mulanya tetapi, apa yang Pusat Sumber inginkan para pelajar akan diberikan satu buku dan akan dibaca selama 5 minit di perhimpunan.

Tuntasnya, hasil usaha yang diwujudkan oleh PSS hanyalah mahukan pelajar menaruh minat terhadap minat dalam membaca menerusi projek NADI ILMU AMALAN MEMBACA!!

0 comments:

Post a Comment