Lanjutan...

Assalamualaikum semua!
Pada 10 Mac 2009 bersamaan hari Selasa telah diadakan Sambutan Hari Anti-dadah Peringkat Kebangsaan yang hanya diperdengarkan Perutusan dari Menteri Pendidikan, Datuk Seri Hishamuddin oleh guru bimbingan dan kaunseling, Encik Saipudin. Selain itu juga, pada hari inilah barulah kami diperdengarkan ucapan pertama Pengetua baru dan merasmikan Hari Anti-Dadah dengan membakar Rokok replika sebagai simbolik terhadap najis dadah.

Melalui perutusan dari Menteri Pendidikan semasa dibaca oleh Encik Saipudin, beliau mahu seluruh sekolah bebas dari najis dadah pada 2015. Ini adalah satu matlamat yang sangat besar untuk memastikan sekolah di Malaysia bebas dari najis dadah.

Berikutan Majlis Sambutan Hari Anti-dadah peringkat Kebangsaan itu, Penyeleras Pusat Sumber, Puan Faridah Binti Abd. Ghani telah memulakan apa yang dijanjikan ke atas pelajar yang tidak membawa buku NILAM semasa perhimpunan pagi berlansung mulai minggu ini. Pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 diberi kelonggaran sedikit manakala pelajar 1,2 dan 4 ditahan supaya dapat dikesan pelajar yang tidak membawa buku NILAM.

Usahasama dari Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber mengedarkan buku NILAM yang baru untuk dibeli pelajar yang tidak membawa buku NILAM sebanyak RM1.00. Hampir 3 pukal buku dibawa dan semuanya telah dijual kepada pelajar tersebut.

Mungkin ini satu pengajaran buat pelajar SMKDARY yang tidak membawa buku NILAM! Diharapkan, semua akan beri kerjasama yang menyeluruh demi menjayakan matlamat kami untuk mempertingkatkan mutu NILAM di sekolah ini.

0 comments:

Post a Comment