PENGENALAN
Program Cahaya Minda ini diadakan bagi menggalakkan murid-murid membaca dan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjur oleh PSPN Negeri Perak yang bertujuan menggalakkan para pelajar menggunakan PSS secara optimum
PSS SMKDARY menganjurkan 3 jenis pertandingan yang kesemuanya merupakan aktiviti menggalakkan perkembangan minda, aktiviti membaca dan Aktiviti Rakan Pembaca. Diharapkan selepas pertandingan ini, PSS akan mengungkapkan secara jelas pengertian dan kedalaman membaca dalam penghidupan.
Dalam program ini dirangkumkan sekali dengan pertandingan Pembinaan Bahan-bahan Teknologi Pendidikan untuk para guru. Ini termasuklah pertandingan pembinaan P&P berasaskan 'PowerPoint' dan blog, penghasilan klip video, papan fotografi, dan penghasilan fail tegak.
OBJEKTIF
- Menjadikan murid-murid dan guru-guru mempunyai sifat gemar membaca.
- Meningkatkan kemahiran dalam aktiviti Rakan Pembaca.
- Menjana idea kreatif dan inovatif dalam pembacaan dan penghasilan P&P
- Meningkatkan budaya membaca dalam kalangan guru-guru dan murid-murid
- Mewujudkan kerjasama antara guru dan murid
PERTANDINGAN CAHAYA MINDA
Komponan aktiviti:
- Membaca buku (Fiksyen/ Bukan Fiksyen) mulai Februari hingga Jun
- Merekod dalam buku program NILAM
Syarat-syarat:
- Menepati syarat-syarat Program NILAM
- Gerakerja bertulis mestilah yang memberikan faedah kepada P&P-disyorkan membaca buku-buku ilmiah dan bahasa Inggeris
- Gerakerja mestilah disahkan oleh guru-guru pembimbing
- Hantar penyertaan sebelum atau pada 15 Jun 2009
- Pemenang pertandingan akan mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah
PERTANDINGAN RAKAN PEMBACA
Komponen aktiviti:
- Ulasan buku
- Buku kegemaran saya
- Pidato
- Penyertaan tertinggi dalam Program Rakan Pembaca
Syarat-syarat:
- Membuat Ulasan Buku yang dibaca selama 10 minit untuk pertandingan ulasan buku
- Mengulas sebuah buku yang sanagt digemari selama 10 minit untuk pertandingan Buku Kegemaran Saya
- Mengupas secara mendalam tajuk yang diberikan kepada mereka dalam pertandingan Pidato
- Murid-murid dalam sesebuah kelas berjaya menyertai aktiviti Rakan Pembaca dan mengumpulkan banyak mata (aktif) bagi pertandingan Penyertaan Tertinggi Rakan Pembaca dengan syarat-syarat
- Dicatatkan dalam buku rakan Pembaca
- Buku RP ditandatangani oleh guru pembimbing
- Buku-buku hendaklah sampai ke PSS sebelum atau pada 15 Jun 2009
- Terbuka kepada semua kelas
PERTANDINGAN PEMBINAAN BAHAN TEKNNOLOGI PENDIDIKAN
- Pembinaan Bahan-bahan P&P berasaskan 'PowerPoint'
- Penghasilan klip video Bahan P&P
- Pertandingan fotografi bertema
- Penghasilan fail tegak
- Pembinaan Blog
PENGHASILAN FAIL TEGAK
Komponen aktiviti:
- Mengumpulkan keratan akhbar tentang satu-satu tajuk atau isu
- Menampalkan keratan tersebut pada kertas yang disediakan oleh PSS
Syarat-syarat:
- Mencapai 100 keratan akhbar
- Mengikut proses dan teknik fail tegak
- Terbuka kepada murid-murid dan guru-guru
- Tarikh tutup penghantaran pada 15 Jun 2009 (Dapatkan maklumat di PSS)
0 comments:
Post a Comment