PROGRAM CAHAYA MINDA 2009

Pada 2 Februari 2009, Pusat Sumber Sekolah mengadakan Program Cahaya Minda Peringkat sekolah yang dirasmikan oleh PK. Pentadbiran, Puan Mashitah bt Ismail

PENGENALAN

Program Cahaya Minda ini diadakan bagi menggalakkan murid-murid membaca dan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjur oleh PSPN Negeri Perak yang bertujuan menggalakkan para pelajar menggunakan PSS secara optimum

PSS SMKDARY menganjurkan 3 jenis pertandingan yang kesemuanya merupakan aktiviti menggalakkan perkembangan minda, aktiviti membaca dan Aktiviti Rakan Pembaca. Diharapkan selepas pertandingan ini, PSS akan mengungkapkan secara jelas pengertian dan kedalaman membaca dalam penghidupan.

Dalam program ini dirangkumkan sekali dengan pertandingan Pembinaan Bahan-bahan Teknologi Pendidikan untuk para guru. Ini termasuklah pertandingan pembinaan P&P berasaskan 'PowerPoint' dan blog, penghasilan klip video, papan fotografi, dan penghasilan fail tegak.

OBJEKTIF


  • Menjadikan murid-murid dan guru-guru mempunyai sifat gemar membaca.
  • Meningkatkan kemahiran dalam aktiviti Rakan Pembaca.
  • Menjana idea kreatif dan inovatif dalam pembacaan dan penghasilan P&P
  • Meningkatkan budaya membaca dalam kalangan guru-guru dan murid-murid
  • Mewujudkan kerjasama antara guru dan murid

PERTANDINGAN CAHAYA MINDA

Komponan aktiviti:

  • Membaca buku (Fiksyen/ Bukan Fiksyen) mulai Februari hingga Jun
  • Merekod dalam buku program NILAM

Syarat-syarat:

  • Menepati syarat-syarat Program NILAM
  • Gerakerja bertulis mestilah yang memberikan faedah kepada P&P-disyorkan membaca buku-buku ilmiah dan bahasa Inggeris
  • Gerakerja mestilah disahkan oleh guru-guru pembimbing
  • Hantar penyertaan sebelum atau pada 15 Jun 2009
  • Pemenang pertandingan akan mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah

PERTANDINGAN RAKAN PEMBACA

Komponen aktiviti:

  • Ulasan buku
  • Buku kegemaran saya
  • Pidato
  • Penyertaan tertinggi dalam Program Rakan Pembaca

Syarat-syarat:

  • Membuat Ulasan Buku yang dibaca selama 10 minit untuk pertandingan ulasan buku
  • Mengulas sebuah buku yang sanagt digemari selama 10 minit untuk pertandingan Buku Kegemaran Saya
  • Mengupas secara mendalam tajuk yang diberikan kepada mereka dalam pertandingan Pidato
  • Murid-murid dalam sesebuah kelas berjaya menyertai aktiviti Rakan Pembaca dan mengumpulkan banyak mata (aktif) bagi pertandingan Penyertaan Tertinggi Rakan Pembaca dengan syarat-syarat
  • Dicatatkan dalam buku rakan Pembaca
  • Buku RP ditandatangani oleh guru pembimbing
  • Buku-buku hendaklah sampai ke PSS sebelum atau pada 15 Jun 2009
  • Terbuka kepada semua kelas

PERTANDINGAN PEMBINAAN BAHAN TEKNNOLOGI PENDIDIKAN

  • Pembinaan Bahan-bahan P&P berasaskan 'PowerPoint'
  • Penghasilan klip video Bahan P&P
  • Pertandingan fotografi bertema
  • Penghasilan fail tegak
  • Pembinaan Blog

Semua bahan mestilah sampai kepada AJK Pengelola sebelum 15 Jun 2009

PENGHASILAN FAIL TEGAK

Komponen aktiviti:

  • Mengumpulkan keratan akhbar tentang satu-satu tajuk atau isu
  • Menampalkan keratan tersebut pada kertas yang disediakan oleh PSS

Syarat-syarat:

  • Mencapai 100 keratan akhbar
  • Mengikut proses dan teknik fail tegak
  • Terbuka kepada murid-murid dan guru-guru
  • Tarikh tutup penghantaran pada 15 Jun 2009 (Dapatkan maklumat di PSS)
  • Buku ialah taman pusaka

    Berisi ilmu pengubat jiwa

Lanjutan...

Assalamualaikum semua!
Pada 10 Mac 2009 bersamaan hari Selasa telah diadakan Sambutan Hari Anti-dadah Peringkat Kebangsaan yang hanya diperdengarkan Perutusan dari Menteri Pendidikan, Datuk Seri Hishamuddin oleh guru bimbingan dan kaunseling, Encik Saipudin. Selain itu juga, pada hari inilah barulah kami diperdengarkan ucapan pertama Pengetua baru dan merasmikan Hari Anti-Dadah dengan membakar Rokok replika sebagai simbolik terhadap najis dadah.

Melalui perutusan dari Menteri Pendidikan semasa dibaca oleh Encik Saipudin, beliau mahu seluruh sekolah bebas dari najis dadah pada 2015. Ini adalah satu matlamat yang sangat besar untuk memastikan sekolah di Malaysia bebas dari najis dadah.

Berikutan Majlis Sambutan Hari Anti-dadah peringkat Kebangsaan itu, Penyeleras Pusat Sumber, Puan Faridah Binti Abd. Ghani telah memulakan apa yang dijanjikan ke atas pelajar yang tidak membawa buku NILAM semasa perhimpunan pagi berlansung mulai minggu ini. Pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 diberi kelonggaran sedikit manakala pelajar 1,2 dan 4 ditahan supaya dapat dikesan pelajar yang tidak membawa buku NILAM.

Usahasama dari Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber mengedarkan buku NILAM yang baru untuk dibeli pelajar yang tidak membawa buku NILAM sebanyak RM1.00. Hampir 3 pukal buku dibawa dan semuanya telah dijual kepada pelajar tersebut.

Mungkin ini satu pengajaran buat pelajar SMKDARY yang tidak membawa buku NILAM! Diharapkan, semua akan beri kerjasama yang menyeluruh demi menjayakan matlamat kami untuk mempertingkatkan mutu NILAM di sekolah ini.

Usaha kami!

Pada 3 Mac 2009 bersamaan hari Selasa, Penyeleras Pusat Sumber Sekolah, Puan Faridah Binti Abd. Ghani telah menyampaikan ucapan semasa Perhimpunan Harian berlangsung. Dalam teks ucapannya, beliau menegaskan para pelajar SMKDARY khususnya pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima membawa buku NILAM setiap hari Isnin mulai minggu depan. Berikutan teks ucapannya, beliau mahu para pelajar SMKDARY mencatat Sinopsis hasil pembentangan Guru Bertugas dalam Perhimpunan Rasmi dalam "Lima Minit Bersama Buku". Hal ini demikian bertujuan meningkatkan jumlah NILAM para pelajar yang kini tahap NILAMnya semakin menurun. Ini adalah satu usaha yang dijalankan AJK PSS untuk memantapkan lagi tahap NILAM para pelajar dan ingin menaikkan kembali kegemilangan NILAM yang telah pun kami pegang beberapa tahun lalu.

Selain itu, Puan Faridah menegaskan para pelajar yang tidak mebawa buku NILAM semasa Perhimpunan Rasmi akan dikenakan denda berjumlah RM1.00 seorang. Hal ini demikian menunjukkan bahawa Puan Faridah mahukan projek ini berjaya lalu menaikkan semula nama sekolah dalam NILAM.

Tambahan lagi, Puan Faridah telah memperkenalkan satu lagi usaha untuk mempertingkatkan tahap NILAM pelajar iaitu " Lima Minit Senyap". Mungkin ini suatu yang janggal pada mulanya tetapi, apa yang Pusat Sumber inginkan para pelajar akan diberikan satu buku dan akan dibaca selama 5 minit di perhimpunan.

Tuntasnya, hasil usaha yang diwujudkan oleh PSS hanyalah mahukan pelajar menaruh minat terhadap minat dalam membaca menerusi projek NADI ILMU AMALAN MEMBACA!!

Kini Bermula!

Blog Pusat Sumber Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak kini telah membuka tirai pada tahun ini. Walaupun pembinaan blog ini sederhana pada peringkat awal, kami sebagai warga SMKDARY akan berusaha memberikan sedikit input tentang perkembangan sekolah terutamanya Pusat Sumber kami dari semasa ke semasa. Diharapkan dengan pembukaan blog baru ini dapat memberi suntikan sekolah-sekolah lain turut berkongsi pandangan dan idea terhadap sekolah kami.